KEM ANAK SOLEH ..JOM SERTAI

 

 

 

May 21, 2008 at 8:48 am Leave a comment

PROGRAM CUTI SEKOLAH

 

KRJ Selangor sekali lagi menampilkan program Seminar Menara Ilmu 2008. Beberapa sebab kenapa adik2 lepasan SPM & Matrix mesti hadir:

 

 

1. Ahli-ahli panel yang hebat2. Sila lihat senarai dibawah

2. Ia percuma!!!

3. Penampilan istimewa Brother Joannes Lukas dalam slot tazkirah

4. Penampilan Bro Fikri, penasyid yang sedang meningkat naik

5. Ada booth Karisma!!!

6. Peluang untuk berkenal-kenalan dengan 150 orang rakan2 sebaya dari seluruh selangor

 

Cepat!!! Tempat adalah sangat terhad!

Untuk daftar sila hubungi Aishah 0126306709, atau Naufal 0176955844 atau Nash 0193850732

 

Tarikh: 24 Mei 2008, Sabtu

Tempat: Auditorium Fakulti Kejuruteraan UPM, Serdang

Masa: 8-30am – 4.00pm (Sarapan & Makan tengahari disediakan)

Bayaran: Percuma / Gratis

May 21, 2008 at 8:38 am Leave a comment

LAGU GURU MALAYSIA KHUSUS UNTUK CIKGU-CIKGU MALAYSIA

May 17, 2008 at 2:58 pm Leave a comment

P.RAMLEE PERGI SEKOLAH

May 17, 2008 at 2:51 pm Leave a comment

hak seorang guru

May 17, 2008 at 2:27 pm Leave a comment

Guru O Guru…

Assalamualaikum…

 

 

Sajak Indah karya dato’ Dr Usman Awang untuk renungan…

Guru Oh Guru

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum manjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Nukilan Allahyarham SN Dato’ Dr. Usman Awang Dipetik daripada buku antologi puisi Guru oh Guru yang diselenggarakan oleh Zam Ismail terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur, 1989.

 

 

May 17, 2008 at 2:17 pm Leave a comment

Dakwah dan Isu Sosial Semasa

Assalamualaikum..

Dakwah dan isu sosial semasa.Nampak menarik untuk dibincangkan.Memang pelbagai isu sosial dan perkembangannya kini menggamit seribu satu ruang perbincangan.

Terbaru isu kenaikan harga barang, kekurangan beras, kecelaruaan harga barangan di pasaran.Kita juga melihat pelbagai institusi saling tunjuk menunjuk mencari kesalahan.Memang kehidupan manusia sentiasa tidak sedar apabila berda di dalam kemewahan.Ataupun kebergantungan kepada sesuatu bahan akan menyebabkan kita menggelabah apabila sumber ersebut kurang di pasaran.Islam mengajar kita sentiasa bersyukur dengan apa yang ada di sambil hidup di dalam keadaan yang bersederhana.

Andainya kita menyedari bahawa apa yang terjadi sebagai dugaan Allah untuk kita kembali kepada gaya hidup Islam yang ,mementingkan kecukupan sekadar perlu, maka kita tidak melihat isu di atas sebagai penghalang untuk kita makan dan minum.Mungkin Allah sengaja menguji orang yang suka membazir apabila terlalu banyak lambakan beras suatu ketika dahulu supaya berjimat ketika mewah.Lihatlah saudara pelarian seagama kita di seluruh dunia yang sekian lama merintih tidak cukup makan.Namun redhalah dengan apa yang terjadi moga ada hikmahnya.

Seperkara lagi, serangan musuh Islam dengan menggunakan Klip video Fitna.Saya termenung apabila melihat ayat-ayat Al-Qur’an ditafsir sehingga menggambarkan bahawa Islam adalah agama yang menggalakkan pembunuhan, kezaliman, dan pemberontakan.Islam dilihat sebagai agama yang memusuhi saudara yang lain, diselang seli dengan ucapan beremosi untuk memerangi, membunuh orang-orang bukan Islam.

Persoalannya adakah cukup tindakan kita memboikot barangan Belanda?adakah cukup berdemonstrasi di Jalanan?.Mahukah kita digelar sebagai penganut yang gah di jalanan apabila membantah sesuatu?.Ya, kita berasa amat terhina, namun sebagai menggambarkan Islam juga agama yang menggalakkan perdamaian, kita juga harus menerangkan kepada mereka tentang asbab nuzul ayat-ayat tersebut.Mereka mungkin kurang arif dengan tafsiran mendalam ayat-ayat Al-Qur’an tentang tentangan terhadap kuffar.Maka ambillah kesempatan ini untuk berdakwah dengan menerangkan mereka apakah di sebalaik ayat-ayat tersebut.Buktinya di negara-negara barat, wujud kenaikan mendadak dari segi  non-muslim yang mencari kebenaran di dalam ISlam.Melalui? pembacaan, majlis ilmu dan sebagainya.Kesempatan ini harus kita ambil untuk mempertahankan bahawa Islam agama yang t idak memusuhi saudara yang l ain.

Bersambung…

wacanasyukur

http://akademipenulisbebas.wordpress.com

May 13, 2008 at 8:30 am Leave a comment

TERIMA KASIH CIKGU

TERIMA KASIH CIKGU

NUKILAN:RUZAIN SYUKUR B MANSOR

GURU j-QAF SK SAWAH SEMPADAN, BLOK D, 45500 TG KARANG SELANGOR

 

Bahang cahaya matahari yang agak terik tengahari itu membuatkan tubuh sasa Cikgu Syukri sedikit kepanasan, tambahan pula setelah menjalani sesi pengajaran yang silih berganti.

 

Dua Ceria..ya nama kelas yang sentiasa menjadi buah mulut guru-guru di Sawah Berendam .Langkahan Cikgu Syukri semakin menghampiri kelas Dua Ceria.Siapa yang tidak kenal dengan Cikgu Syukri, guru disiplin yang amat tegas dan garang perwatakannya.Tapi dengan murid-murid kelas ini bagaikan ada sesuatu yang membuatkan cikgu veteran ini tewas.” Bangun!!..Assalamualaikum cikgu”, bingkas ketua darjah memberi salam lantas di sambut oleh murid-murid lain.”Waalaikumussalam..sila duduk” jawab Cikgu Syukri.”Sebelum saya memulakan kelas saya seperti biasa akan memperkenalkan beberapa peraturan..Priiiiit!! ” bunyi wisel panjang Cikgu Syukri memecah kesunyian.Wiselnya yang tergantung di dadanya bagaikan dapat menghidu salah laku muridnya.”Faiz, mengapa kamu tarik tudung Aina?Kenapa perangai kamu semakin menjadi-jadi? Tidak hormat langsung saya di hadapan, nah kad kuning dari saya, berdiri sehingga kelas tamat!!” Kad kuning tanda amaran keras diberikan Cikgu Syukri kepada penerima tetap, Mohd Faiz Sureng.

 

Usai tugasan , Cikgu Syukri terus ke bilik guru disiplin merehatkan diri mencari idea baru untuk sesi seterusnya.Baru sahaja ingin melabuhkan punggungnya di kerusi empuk peninggalan arwah ayahnya, pintu bilik diketuk kuat.”Masuk..ya ada apa Danny?”tanyanya agak keras.”Saya nak buat laporan cikgu”.”Teruskan..” sapa cikgu disiplin tersebut.”Rahim, rakan saya kehilangan pen mahal cikgu..RM50 harganya, hadiah hari lahirnya pemberian ayahnya”.Lapor pengawas tersebut.”Jadi?” tanya cikgu Syukri..”Saya syak Faiz yang mengambilnya cikgu, sebab kami jumpa pen yang hampir serupa dengan pen yang hilang tersebut di dalam begnya” ,lapor Danny lagi.”Faiz, pen ini milik kamu atau dicuri dari Rahim?..cakap betul-betul!”, bentak Cikgu Syukri.”Manakan anak kecil ini mampu untuk memiliki pen semahal ini, keluarganya amat miskin ..RM50 pula harganya..pakaiannya sahaja sudah dua tahun tidak berganti..dari mana mahu didapatkannya RM50 untuk memiliki pen semahal ini..ah tak mungkin”.Hati Cikgu Syukri sempat bermonolog..”Faiz boleh awak buktikan yang pen ini milik kamu? ” soal cikgu Syukri semakin keras.”Saya …saya .. punya cikgu..memang saya punya…”tergagap-gagap Faiz menjawab, menambahkan rasa yakin Cikgu Syukri bahawa teorinya tepat.”Saya rasa awak tidak bercakap benar Faiz, dan tidak juga dapat membuktikan pen ini milik awak, Faiz tinggal di bilik saya untuk tindakan disiplin lanjut.”

 

”Apakah betul tindakan hatiku tadi..”semakin hebat telahan ku kini.Betul rasanya.Yang salah harus menerima hukuman.Krinnng!!!..loceng berbunyi sebagai tamat sesi persekolahan yang juga menamatkan lamunan Cikgu Syukri.

 

”Laju cikgu! Nak ke mana?” Sapa Puan Norin ,Pembantu Kewangan sekolah.”Nak cuci kereta ..maklumlah musim panen (menuai padi) ni macam ni lah” getus Cikgu syukri lagi.Enjin dihidupkan lantas langkah diatur mencari kedai menyediakan perkhidmatan mencuci kereta.Sebuah bengkel demi sebuah bengkel, jauh sudah berjalan, merata jugalah kereta Iswara Sedan miliknya merayap, namun belum ketemu apa yang dihajatkannya.Sehinggalah matanya tertancap pada seorang anak kecil yang leka membersihkan kereta .Dia memperlahankan kereta menuju ke kawasan lapang ruangan menanti.Lima minit menanti, lamunannya dikejutkan dengan suara yang begitu dikenalinya.”Hendak basuh kereta cikgu?” tanya anak kecil itu.”Ya..Ya .., Faiz!.Awak bekerja di sini Faiz?” Tanya Cikgu Syukri.”Ya cikgu, itulah sebabnya saya keluar awal tadi , dah lima bulan saya bekerja di sini cikgu.Adik-adik perlu diberi makan cikgu..boleh juga buat membeli susu adik”.Sebak rasanya mendengar cerita Faiz.”Tangan kamu berbalut Faiz?..tengok? Ya Tuhanku , bahana rotanku tadi mencederakan tangan yang kini digunakannya untuk mencari rezeki” hati kecilku tidak pernah berhenti berkata-kata.”Sikit saja cikgu, saya dah maafkan cikgu.Saya sedar siapa diri saya..miskin, susah, pakaian comot, nakal pula tu..”Jawab Faiz selamba.”Maaf cikgu bertanya, pen tadi itu kamu beli hasil titik peluh kamu bekerja di sini?” tanyaku sedikit kesal dengan tindakanku yang membabi buta sebentar tadi.”Ya..” angguknya lemah.Air matanya tidak tertahan lagi.”Tidak mengapalah cikgu, saya dah biasa dituduh sebegitu”.”Maafkan cikgu, Faiz..Cikgu bersalah pada kamu..”..esakanku tidak berbalas ..rupanya anak murid yang ku hukum tanpa usul periksa tadi telah sibuk mencuci kereta dibantu dua orang rakannya.Pertama kali dalam hidupku silap di dalam menjalankan hukuman untuk mendisiplinkan muridku.Mulianya hatimu Faiz. Dua puluhminit masa meninggalkanku dalam keadaan yang amat bersalah…..”Siap cikgu!”, tegur anak kecil itu mematikan lamunanku.”Nah! ambil ni buat belanja” Not kertas RM50 ku hulur yang sebenarnya masih belum mampu menebus kesalahanku.”Eh! RM 8 sahaja cikgu, saya tidak boleh terima wang sebanyak ini”, kata Faiz.”Ambil..!, buat belanja adik-adik”,paksaku.”Terima kasih cikgu” ,nadanya lemah.”Esok cuti sekolah kan..kerja dengan bersunguh-sungguh, pelajaran jangan dilupakan..bila besar nanti boleh jadi guru” sempatku titipkan nasihat kepadanya disambut dengan senyum manisnya.

 

Seminggu berlalu, tiada bezanya di antara cuti dan hari persekolahan biasa bagi Cikgu Syukri.”Cikgu Masri, Faiz tidak datang ke sekolah ke hari ini?” tanya ku kepada guru kelas Faiz.”Faiz! cikgu belum dapat berita? Ayahnya kemalangan baru-baru ini, ibunya memang sudah lama tiada, dia kini ditempatkan di asrama anak-anak yatim…Apa? anak yatim?’.Terlepas bungkusan pakaian sekolah baru yang kubeli khas untuk Faiz dari tanganku. Bagaikan halilintar menusuk terus ke sanubariku apabila mendengar Faiz yang ku silap dalam menghukumnya minggu lepas merupakan kini anak yatim piatu.”Cikgu tahu alamatnya?” tanyaku lagi, ”mmm..saya tidak tahu cikgu..” balas Cikgu Masri lantas meninggalkanku di dalam keadaan kebingungan.

 

 

 

 

 

 

MAJLIS KONVOKESYEN INSTITUT PERGURUAN TUN TEJA

”……Majlis dengan segala hormatnya mengumumkan bahawa Mohd Faiz Sureng telah dipilih sebagai Guru Pelatih Cemerlang Peringkat Kebangsaan..dipersilakan untuk naik ke pentas”, Umum pengacara majlis.Langkahan diiringi curahan air mata di atur bakal guru muda ini.Entah apa yang mengganggu emosinya.Namun di wajahnya terpancar kegembiraan dinobatkan sebagai Guru Pelatih Cemerlang.

 

’………..Bang..Bang! apa yang dimenungkan tu? Sapa Ruhaina mengejutkan suaminya yang leka di dalam khayalannya…”Ina ingat tak pada Cikgu Syukri?”, tanya Faiz kepada isterinya.”Alah, Cikgu Syukri yang garang tu..yang beri abang kad kuning di dalam kelas sewaktu abang tarik tudung Ina masa tu..ingat tak?”, desak Faiz lagi.”Ooo…Ye..baru Ina ingat, tudung tu koyak tau..Ina kena marah dengan mak sampai malam..sampai hati abang buat macam tu pada Ina”, rajuk Ina belum reda,bekas rakan sekelasnya dahulu yang kini telah menjadi suri di dalam hidupnya . … ”Tapi kenapa bang?”, tanya Ina lagi.”Semalam abang terbaca di surat khabar , ada seorang cikgu kini memerlukan buah pinggang..buah pinggangnya rosak.Namanya Cikgu Syukri , raut mukanya saling tak tumpah macam rupa Cikgu Syukri”, luah Faiz.”Abang masih ingat nasihat terakhirnya..bila besar nanti boleh jadi guru”……”Kita sama-sama cari nanti ye bang, Ina pun rindu rasanya nak berjumpa dengan Cikgu Syukri, biar diberinya abang kad merah pula kali ni..terus berjemur di tengah padang!” usik Ina disambut leraian tawa yang kembali menceriakan .

 

Suatu pencarian

……..”Cikgu Syukri B Man , masih mengajar di SK Sawah Berendam, tapi…dilaporkan mengalami masalah buah pinggang”, kata Pegawai Pelajaran meyakinkan Faiz bahawa masih ada ruang untuknya mendakap erat tubuh gurunya itu…..”Ina, tunggu abang di hadapan sekolah, sebentar lagi abang sampai, kita ke SK Sawah Berendam”, arahan Faiz ringkas buat isterinya melalui telefon.

 

SK Sawah Berendam, taman ilmu yang kembali kujejaki ..bukan lagi sebagai seorang murid , tetapi aku kini juga pendidik, cetus hati nurani Faiz sambil matanya melilau memerhatikan kalau-kalau kereta Iswara Biru yang sentiasa menjadi milik Cikgu Syukri masih lagi setia di tepi pondok buruk bersebelahan kantin.”Ya..rasanya gerak dan langkahnya memang sah , Cikgu Syukri” kata Faiz kepada isterinya apabila melihat kelibat seorang lelaki yang kini agak uzur kelihatan mencari kunci di sisi keretanya.

 

………..”Hendak basuh kereta cikgu? dialog yang pernah diungkapnya enam belas tahun yang lalu diulangya kembali.Kelibat lelaki yang kelihatan agak uzur itu kelihatan terpaku tidak terkata.Dialog itulah yang masih kekal di ingatannya.”Ya..saya rasa saya masih ingat suara itu..’, bergetar bunyinya keluar dari kotak suaranya.”Kalau tak silap saya..kamu…..mmm..”..”Faiz cikgu…Faiz Sureng..Cikgu Faiz Sureng..”. Esakan Faiz tidak tertahan lantas terus mendakap erat tubuh Cikgu Syukri yang memberikannya kata-kata keramat yang tidak pernah dilupakannya.”Saya dah tunaikan hasrat cikgu, saya kini guru di SK Bandar Seri ” Esakannya semakin menjadi-jadi.”Saya berbangga mempunyai anak murid sekental ini, mengapa menghilangkan diri begitu lama? Merata cikgu cari kamu..tetapi hari ini semuanya sudah terbalas’, Cikgu Syukri semakin tenang.”Saya dengar cikgu cikgu mengalami masalah kesihatan, betul cikgu?” Kata Faiz menyusun kata .”Betul, biasalah dah berumur ni..begitulah, kaffarah dari Tuhan agaknya” balas guru veteran itu lagi.”Tapi cikgu, Walaupun sakit , tapi wajah cikgu masih lagi nampak tampan macam dulu lagi” usik Faiz mencetus gelak tawa.

 

”Yang di sebelah kamu ni siapa ye? Wajahnya seperti ada di dalam kotak ingatan saya”, cetus Cikgu Syukri apabila terpandang Ina, bekas anak muridnya.Perlahan-perlahan Faiz menarik sedikit tudung Ina dan serentak itu Cikgu Syukri meniup wisel yang masih tersemat di dadanya entah sejak berapa puluh tahun yang lalu.”Ya…saya masih ingat peristiwa itu, kamu tarik tudung Ina bukan..rakan kamu?”.Nyata ingatan Cikgu Syukri masih kuat.”Inilah dia Ina. Lima belas tahun dahulu , ketika itu saya tarik tudungnya , cikgu tiup wisel, beri saya kad kuning dan saya kena berdiri selama satu jam di dalam kelas” lapor Faiz di ambut gelak tawa insan guru ini.”Sekarang Ruhaina Roslan sah menjadi isteri saya yang pertama, saya tebus kesalahan saya dulu padanya.Kebetulan kami memasuki maktab yang sama”, Faiz memperkenalkan isterinya…”Ooh!! Begitu ceritanya ..saya cukup gembira kerana doa saya selama ini untuk dipertemukan kembali dengan Faiz termakbul, Ina pula dah jadi isteri pertama Faiz”. makin galak gelak tawa mereka memecah kesunyian pagi.

DETIK PERPISAHAN

”Masa kian pantas berlalu, memori silam kian kuat bermain di fikiranku, adakah sudah tiba masanya untukku berbakti? Benarlah kata orang jasa guru di bawa mati” cetus hati nurani Faiz.Keadaan Cikgu Syukri dilaporkan kian tenat, membuatkan Faiz berkira-kira dengan perancangan tersendiri..

 

Kring..Kring… Bunyi telefon berbunyi .”Faiz bercakap..ya..saya datang sekarang” Ringkas jawapan Faiz kerana dia tahu bahawa misinya sudah terlalu hampir untuk diselesaikan.”Mengapa bang?” tanya Ina ringkas sambil mendukung anak sulung mereka, apabila melihat suaminya sedikit gusar.”Inaku sayang..ingat lah pesan abang..didiklah anak kita kelak nanti menjadi guru yang beriman, berdedikasi dan berkarisma seperti Cikgu Syukri ..dan jadilah isteri yang solehah” kata-kata suaminya begitu menusuk kalbu sehinggakan tidak mampu untuk ditafsirkan.Hanya doa yang mampu dititipkan buat keselamatan suaminya meneruskan niat sucinya.

 

”Berat mata memandang, berat lagi mata memikul, apapun aku pasrah kerana aku juga seorang guru, insan yang tidak pernah menyerlahkan kesedihannya walaupun bersedih, Aku masih ada Tuhan yang sentiasa mendengar keluhan ku..”hati kecil Ina seperti mengharapkan keajaiban.

 

 

 

 

 

…….. DariNYA kita datang, dan kepadaNYA juga lah kita kembali.

 

Guru

Kau insan mulia

Segenap bakti dan budi dikau tabur

Kering air mata dan keringat mu

Demi untuk melihat anak bangsamu

Mengenal A, B dan C

Alif, Ba dan Taa

1,2 dan 3

…Terima kasih cikgu..

 

Kini dua jasad berkongsi hati ..dua jiwa berkongsi hati..dua insan bersatu jiwa..menuju alam abadi…

 

Lokasi:

Wad Pembedahan Pemindahan buah pinggang dan hati

Cikgu Syukri B Man & Cikgu Mohd Faiz Sureng

 

 

May 12, 2008 at 9:23 am 2 comments

IBU OH IBU..

Assalamualaikum..

Semalam adalah hari untuk kita mengingati ibu..namun ibu harus kita ingati tanpa mengira masa..namun itulah lumrah dunia , sekurang-kurangnya ada suatu hari peringatan yang cukup istimewa cuma belum sampai peringkat ianya diisytiharkan sebagai cuti umum..

Mengapa tidak? bukankah nantia ia akan menjadi hari istimewa yang khusus untuk kita meratap kasih ibu membawa ke syurga.

Kasih ibu membawa kes syurga.Ingattlah redha Allah bergantung kepada redha Ibu.Besarnya pengorbanan ibu jangan di lupa, dibalas tidak terbalas, namun usahalah sedaya mungkin, berserahlah kepada Allah sesudahnya.

Buat yang sudah kehilangan kasih ibu, cucurilah rohnya dengan Al-Fatihah dan amalan kebaikan, bersedekah jariahlah di atas namanya, taburkanlah amal soleh buat bekalannya disana, kerana tiada apa yang ternilai baginya melainkan harapan kepada amal soleh anak-anak yang ditinggalkannya.

Amin, Moga Ibu terus dirahmati, Buat Ibu-Ibu di luar sana , teruslah tabah dengan segala cabaran membesarkan anak.Dikau Insan Teguh banyak berjasa.

Selamat Hari Ibu

Wacana syukur

May 12, 2008 at 9:12 am Leave a comment

MEMPERKASA KERJAYA GRADUAN PENGAJIAN ISLAM

MEMPERKASA KERJAYA GRADUAN PENGAJIAN ISLAM

SIRI 1:KERJAYA DI BIDANG PENULISAN DAKWAH

OLEH:

RUZAIN SYUKUR B MANSOR

ruzainsyukur_mansor@yahoo.com

akademipenulisbebas.wordpress.com

B.A. Hons Pengajian Ilmu Wahyu UIAM

”Pengajian Islam?, tak susah dapat kerja ke nanti?, ada peluang kerjaya ke?”, begitulah beberapa rungutan segelintir masyarakat terhadap situasi semasa graduan Pengajian Islam menelusuri pasaran kerjaya.Ianya hanya suatu polemik sosial yang masih menjadi duri di dalam daging di dalam masyarakat di Malaysia.

Ada yang mengatakan graduan Pengajian Islam tiada daya penarik, kurang berkemahiran serta tidak mampu berdaya saing di dalam pasaran kerja.Sebenarnya andai ditelusuri dengan mendalam, graduan Pengajian Islam mampu maju sehingga ke peringkat membina peluang kerjaya sendiri.Cumanya halangan mental (blok mental) yang mendalangi minda mereka menyebabkan hanya kerjaya seperti pendidik dan pegawai agama menjadi pilihan.

Anda minat menulis? Kerjaya di bidang penulisan sebenarnya amat-amat memerlukan tenaga dan kepakaran graduan Pengajian Islam.Mengapa anda perlu menulis?.Kuasa penulisan mampu merubah sebuah kehidupan malah boleh mencetuskan suatu fenomena dan inovasi baru andainya dicorakkan dengan penuh rencah dan nilai tambah tersembunyi.Apalah erti ilmu yang tinggi menggunung andainya tidak dikongsi dengan ummah.

Peluang

Syarikat penerbitan buku memerlukan editor yang mempunyai kepakaran di dalam bidang berteraskan ilmu-ilmu Islam.Buku-buku agama di bidang usuluddin, tafsir, Fiqh memerlukan editor yang ternyata pakar di bidang tersebut.Kepakaran inilah diterjemahkan oleh editor agama bagi memastikan kesahihan fakta dan hukum termasuk nilaian dalil yang tepat .Dakwah melalui penulisan juga sebahagian daripada unsur penting penyebaran Islam.

Editor agama prolifik biasanya memulakan kerjaya sebagai penulis artikel bebas di majalah dan akhbar, sebelum terjun secara serius ke dalam bidang editorial dan penghasilan karya.Umum mengetahui ramai graduan Pengajian Islam seperti saudara Mohd Noor Tahir , Dr Tengku Ahmad Zaki Engku Alwi, Dr Juanda Jaya, Ustaz Maszlee Malik dan ramai lagi penulis buku dakwah berkaliber yang telah menghasilkan karya berunsur dakwah untuk tatapan umum.

Bagi yang ingin berjinak-jinak dengan dunia penulisan, buku karya Saudara Zamri Mohamad bertajuk Cari Duit Mudah Sebagai Penulis Bebas terbitan PTS Professional Publishing Sdn Bhd banyak memberikan idea untuk memulakan kerjaya berdakwah melalui dunia penulisan.Buku ini mengupas persoalan mengapa anda perlu menjadi penulis serta menceritakan secara ringkas tentang aspek penting pencarian idea, penulisan, penyuntingan dan penerbitan sesuatu artikel.

Manakala Buku karya Saudara Nazrul Samsudin terbitan MNS Infobiz Consultancy bertajuk Buat Duit Dengan Terbit Buku Sendiri menyingkap proses penulisan , percetakan dan penerbitan secara sendiri tanpa melalui syarikat penerbitan.Graduan Pengajian Islam mampu untuk menerbitkan buku dan karya sendiri andai mempunyai sedikit modal serta perkongsian pintar dengan rakan kongsi yang turut sama mempunyai fikrah dakwah.

Bagi yang ingin memulakan gerak langkah sebagai penulis bebas di majalah dan akhbar, mulakan artikel anda mengenai isu semasa dan dakwah.Hantarkan artikel kepada editor majalah dan akhbar pilihan anda melalui ruangan komen pembaca, isu semasa, komentar, komen pembaca.Penerbitan majalah bagi isu-isu tertentu bergerak sebulan atau dua bulan awal daripada bulan sepatutnya.Contohnya penerbitan untuk isu Hari Guru di Bulan Mei mungkin telah dimulakan proses penerbitannya di Bulan April atau lebih awal dari itu.jadi persiapkan artikel anda dan di hantar kepada pihak editorial majalah untuk isu ini seawal Bulan Mac atau April.Manakala artikel dakwah di akhbar harian boleh dihantar mengikut perkembangan isu semasa.Contohnya di dalam kita meraikan hari pekerja, mungkin saudara boleh mengenegahkan artikel yang berkaitan dengan kerja sebagai ibadah, kepentingan niat dan pekerjaan dan lain-lain lagi. Untuk tujuan penghantaran artikel, sila semak alamat e-mail editor di ruangan editorial untuk mendapatkan komen editor majalah.Email atau poskan artikel anda kepada editor untuk dinilai.Mungkin ada editor yang sudi untuk mengenengahkan artikel anda untuk tatapan umum.

Rencah kehidupan Dunia penulisan sedikit sebanyak dicoretkan melalui blog peribadi penulis akademipenulisbebas.wordpress.com di mana catatan suka duka meneroka dunia penulisan dicoretkan sebagai perkongsian rakan-rakan yang lain.

Semoga perkongsian tersebut mempu membuka mata rakan-rakan graduan yang masih mencari arah di dalam dunia kerjaya bahawa dunia penulisan ini mampu menjadikan anda majikan dan pekerja kepada diri anda sendiri.Secara tidak langsung anda mampu berdakwah walaupun dengan mata pena.

May 5, 2008 at 7:32 am 1 comment

Older Posts


menulis bukan kerana nama..tetapi sebagai wacana ilmu membangun ummah

Categories

May 2024
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Blog Stats

  • 3,587 hits