Archive for April, 2008

KEM BINA INSAN SMK PUTERI WILAYAH

 

kAMPUNG BARU 25 APRIL 2008-Pada tarikh ini sehingga 26 April berlangsunglah sudah Kem Bina Insan di SMK Puteri Wilayah, Kuala Lumpur.Kem ini dianjurkan sempena Minggu Akademik didokong kuat oleh Panitia Agama Islam .Seramai lebih kurang 140 peserta daripada kalangan pelajar tingkatan 4 telah menyertainya.

Pengendali Latihan , Waziera Centre telah diamanahkan bagi mengendalikan kem ini.

Peserta telah dibawa untuk menerobos keupayaan diri di samping diberikan peluang untuk muhasabah diri yang cukup shahdu.

Fasilitator utama Kem, Ruzain Syukur Mansor menyifatkan ia diantara program terbaik pernah dikendalikan dengan penghayatan di dalam slot muhasabah diri yang banyak menyentuh hati dan membuka ruang kesedaran kepada peserta.

Peserta juga diberikan kesedaran tentang pentingnya menjaawab soalan mengapa mesti cemerlang.Garapan suasana persaingan semasa nampaknya memberikan sedikit kesedaran kepada mereka tentang keperluan untuk memperkasakan diri untuk muncul insan yang hebat.

 

Kepada semua Ustaz dan ustazah serta guru-guru SMK Puteri terima kasih kerana menjayakan Kem ini.Para pengendali Kem, Acik Syukur, Acik zack, Acik faiem, Kak Long, Kak Ngah , Kak lang, anda orang yang hebat!!

 

Untuk semua peserta , anda pasti lebih hebat andai rapat dengan Allah , dan semoga berjaya.

   

 

 

April 29, 2008 at 9:53 am 1 comment

AMALAN MEMBACA MENYUBUR BUDAYA ILMU

AMALAN MEMBACA MENYUBUR BUDAYA ILMUOLEH:RUZAIN SYUKUR B MANSOR(B.A. Hons Pengajian Ilmu Wahyu UIAM, KPLI j-QAF IPTEKNIK)(Artikel sempena Pameran Buku Antarabangsa 2008) 

Buku oh Buku..detik itu sampai lagi, begitulah saban tahun apabila sampainya musim Pameran Buku Antarabangsa di negara kita.Bagi penggiat industri buku , inilah peluang untuk mereka berbincang melalui seminar, kolokium dan seminar yang jelas untuk mencari formula memajukan budaya membaca di kalangan masyarakat.

Bagi golongan penerbit dan pengedar buku, inilah masa yang ditunggu untuk ruangan promosi dan jualan hebat .Bagi golongan penulis, inilah detik untuk berjumpa dengan peminat karya, berkongsi rasa dan berjumpa rakan penulis bagi merencana idea baru. Segalanya banyak berkisar tentang budaya ilmu.Suatu budaya yang boleh ditakrifkan sebagai nilai atau aktiviti masyarakat dan individu untuk memperkayakan minda dengan ilmu pengetahuan seterusnya membangunkan masyarakat ke arah matlamat yang ingin dituju.Budaya ilmu meliputi budaya membaca, berkarya dan bermusyawarah. Amalan membaca nyata mampu menyubur budaya ilmu terutamanya bagi memperkasakan pendidikan.

 

Dari amalan membaca, lantas bercambahlah minda yang kreatif untuk menjana usaha , maka terciptalah inovasi penciptaan sesuatu yang baru.Bermula dari amalan semudah membaca, sesuatu tamadun mampu dirancang dan dibina hebat dijana dengan pemikiran yang rasional serta iltizam yang konsisten untuk memacu kegemilangan. Namun demikian, cabaran bagi budaya ilmu melalui amalan membaca di alaf baru adalah aspek menyaring maklumat dan informasi.Konsep langit terbuka mampu menyingkap seribu satu jenis maklumat yang begitu mudah didapati hatta dengan menggunakan hujung jari.Inovasi terkini dengan konsep M-Book di mana novel dan buku tertentu boleh di muat turun ke telefon bimbit anda dengan hanya dengan bayaran serendah RM3.Namun, apakah minda kita mampu untuk menyaring kesahihan maklumat yang diterima?.

 

Penggunaan internet secara meluas sebagai medium penyampaian ilmu  juga memungkinkan berbagai  blog muncul terutamanya bagi penulis melontarkan idea mengenai pelbagai isu.Tepuk dada tanya minda.. Bertitik tolak daripada budaya membaca, akan tercernalah budaya pemikiran secara kritis dan kreatif.Budaya ini seandainya digarap dengan baik, akan melonjakkan semangat untuk membangunkan agama dan bangsa serta tamadun yang berteraskan iman , ilmu dan amal sebagai tunjang utama. Sebagai hasil daripada minda yang  .kreatif dirangsang dengan amalan membaca, maka timbullah minat untuk berkarya dengan menulis rencana, artikel ilmiah, siri fiksyen bercorak ilmu serta lain-lain penerbitan.Amalan membaca ini sebenarnya bertitik tolak daripada amalan membaca yang tinggi.Tidak mustahil seandainya anda bermula dengan minat membaca yang tinngi, akhirnya membawa anda menjadi penulis buku yang terkenal dengan karya bermutu tinngi untuk dikongsi.Begitu banyak ruang untuk berkarya seperti di majalah dalam talian, akhbar, jurnal pendidikan,forum, laman web serta lain-lain saluran yang memungkinkan idea anda pula yang menjadi rujukan umum.

April 4, 2008 at 10:10 am 1 comment


menulis bukan kerana nama..tetapi sebagai wacana ilmu membangun ummah

Categories

April 2008
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Blog Stats

  • 3,563 hits