Bulan Mei Bulan Penuh dengan Sambutan
Assalamualaikum
Sepertimana yang kita tahu Bulan Mei merupakan bulan yang penuh dengan sambuta.hari Pekerjanya, hari Ibu, hari Guru.
Hari Guru? bagi guru seperti saya ianya merupakan detik yang sentiasa dinantikan.Dahulu kita meraikan guru, tetapi sekarang kita diraikan dengan pelbagai acara.
saya nak berkongsi video klip dari cerita Masam Masam Manis P.Ramlee, watak Cikgu Syaari yang mengantuk datang ke kelas…Cikgu Suka Main Bola, Hari-Hari cikgu Main Bola…..Cikgu Sudah Tidur Mari Kita Main…
Bukan main seronok lagi budak-budak tu dapat cikgu macam tu, tetapi begitulah , kalau guru kurang keprofesionalannya, anak murid pasti tidak terkawal.
Untuk warga guru, selamat hari guru, teruskan tekad, bulat kan keazaman, pastikan tiada seorang pun tercicir.
Ustaz Syukur j-QAF
http//:akademipenulisbebas.wordpress.com
KEM BINA INSAN SMK PUTERI WILAYAH
kAMPUNG BARU 25 APRIL 2008-Pada tarikh ini sehingga 26 April berlangsunglah sudah Kem Bina Insan di SMK Puteri Wilayah, Kuala Lumpur.Kem ini dianjurkan sempena Minggu Akademik didokong kuat oleh Panitia Agama Islam .Seramai lebih kurang 140 peserta daripada kalangan pelajar tingkatan 4 telah menyertainya.
Pengendali Latihan , Waziera Centre telah diamanahkan bagi mengendalikan kem ini.
Peserta telah dibawa untuk menerobos keupayaan diri di samping diberikan peluang untuk muhasabah diri yang cukup shahdu.
Fasilitator utama Kem, Ruzain Syukur Mansor menyifatkan ia diantara program terbaik pernah dikendalikan dengan penghayatan di dalam slot muhasabah diri yang banyak menyentuh hati dan membuka ruang kesedaran kepada peserta.
Peserta juga diberikan kesedaran tentang pentingnya menjaawab soalan mengapa mesti cemerlang.Garapan suasana persaingan semasa nampaknya memberikan sedikit kesedaran kepada mereka tentang keperluan untuk memperkasakan diri untuk muncul insan yang hebat.
Kepada semua Ustaz dan ustazah serta guru-guru SMK Puteri terima kasih kerana menjayakan Kem ini.Para pengendali Kem, Acik Syukur, Acik zack, Acik faiem, Kak Long, Kak Ngah , Kak lang, anda orang yang hebat!!
Untuk semua peserta , anda pasti lebih hebat andai rapat dengan Allah , dan semoga berjaya.
AMALAN MEMBACA MENYUBUR BUDAYA ILMU
AMALAN MEMBACA MENYUBUR BUDAYA ILMUOLEH:RUZAIN SYUKUR B MANSOR(B.A. Hons Pengajian Ilmu Wahyu UIAM, KPLI j-QAF IPTEKNIK)(Artikel sempena Pameran Buku Antarabangsa 2008)
Buku oh Buku..detik itu sampai lagi, begitulah saban tahun apabila sampainya musim Pameran Buku Antarabangsa di negara kita.Bagi penggiat industri buku , inilah peluang untuk mereka berbincang melalui seminar, kolokium dan seminar yang jelas untuk mencari formula memajukan budaya membaca di kalangan masyarakat.
Bagi golongan penerbit dan pengedar buku, inilah masa yang ditunggu untuk ruangan promosi dan jualan hebat .Bagi golongan penulis, inilah detik untuk berjumpa dengan peminat karya, berkongsi rasa dan berjumpa rakan penulis bagi merencana idea baru. Segalanya banyak berkisar tentang budaya ilmu.Suatu budaya yang boleh ditakrifkan sebagai nilai atau aktiviti masyarakat dan individu untuk memperkayakan minda dengan ilmu pengetahuan seterusnya membangunkan masyarakat ke arah matlamat yang ingin dituju.Budaya ilmu meliputi budaya membaca, berkarya dan bermusyawarah. Amalan membaca nyata mampu menyubur budaya ilmu terutamanya bagi memperkasakan pendidikan.
Dari amalan membaca, lantas bercambahlah minda yang kreatif untuk menjana usaha , maka terciptalah inovasi penciptaan sesuatu yang baru.Bermula dari amalan semudah membaca, sesuatu tamadun mampu dirancang dan dibina hebat dijana dengan pemikiran yang rasional serta iltizam yang konsisten untuk memacu kegemilangan. Namun demikian, cabaran bagi budaya ilmu melalui amalan membaca di alaf baru adalah aspek menyaring maklumat dan informasi.Konsep langit terbuka mampu menyingkap seribu satu jenis maklumat yang begitu mudah didapati hatta dengan menggunakan hujung jari.Inovasi terkini dengan konsep M-Book di mana novel dan buku tertentu boleh di muat turun ke telefon bimbit anda dengan hanya dengan bayaran serendah RM3.Namun, apakah minda kita mampu untuk menyaring kesahihan maklumat yang diterima?.
Penggunaan internet secara meluas sebagai medium penyampaian ilmu juga memungkinkan berbagai blog muncul terutamanya bagi penulis melontarkan idea mengenai pelbagai isu.Tepuk dada tanya minda.. Bertitik tolak daripada budaya membaca, akan tercernalah budaya pemikiran secara kritis dan kreatif.Budaya ini seandainya digarap dengan baik, akan melonjakkan semangat untuk membangunkan agama dan bangsa serta tamadun yang berteraskan iman , ilmu dan amal sebagai tunjang utama. Sebagai hasil daripada minda yang .kreatif dirangsang dengan amalan membaca, maka timbullah minat untuk berkarya dengan menulis rencana, artikel ilmiah, siri fiksyen bercorak ilmu serta lain-lain penerbitan.Amalan membaca ini sebenarnya bertitik tolak daripada amalan membaca yang tinggi.Tidak mustahil seandainya anda bermula dengan minat membaca yang tinngi, akhirnya membawa anda menjadi penulis buku yang terkenal dengan karya bermutu tinngi untuk dikongsi.Begitu banyak ruang untuk berkarya seperti di majalah dalam talian, akhbar, jurnal pendidikan,forum, laman web serta lain-lain saluran yang memungkinkan idea anda pula yang menjadi rujukan umum.
PROFIL DIRI TERKINI
PROFIL TERKINI.
Nama:Ruzain Syukur B Mansor
Kerjaya:Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah -Guru j-QAF SK
Kelulusan:B.A. Hons Pengajian Ilmu Wahyu UIAM (2000-2003)
Phone:019-2103267
maklumat lanjut anda boleh klik pada link di bawah untuk profil diri lengkap
KETOKOHAN RASULULULLAH SAW DAN RENUNGAN BUAT REMAJA DAN BELIA PART 1
ketokohan peribadi Rasulullah SAW memang banyak menyumbang ke arah mendidik jiwa anak muda.Segala sifat kepimpinan dan peribadi terpuji ditunjangi aqidah yang kukuh menjadi azimat buat anak muda mengutip mutiara ketokohan baginda.
Oleh itu ayuh sama-sama layari artikel (klik link) dibawah buat kita merenung mutiara hikmah perjuangan nabi.
Wacanasyukur
ketokohan-rasululullah-renungan-buat-belia-dan-remaja-siri-1.doc
ketokohan-rasululullah-renungan-utk-belia-dan-remaja-siri-2.doc
MAULIDUR RASUL
Assalamualaikum..
Hari ini merupakan 12 Rabiul Awal 1429H, tanggal kelahiran junjungan Besar Muhammad SAW.Hari ini jugalah Umat Islam seluruh negara sibuk meraikan kelahirannya dengan pelbagai perayaan.Suatu sambutan yang harus dipuji dan diteruskan.
Suatu ketika saya pernah ditanyakan satu soalan apakah perayaan Maulidur Rasul itu suatu Bid’ah.lantas saya menjawab andai pun ianya suatu bida’ah , adakah berdosa ianya diraikan?apakah salah untuk kita mengingati detik kelahiran Rasul kesayangan kita?
Saya merasakan isu-isu remeh temeh seperti ini dihentikan.Di saat umat Islam diselubung dengan cabaran yang hebat mendepani dan merentangi usaha memajukan ummah , janganlah kita asyik memikirkan itu bid’ah, itu tak boleh, sepatutnya kita memikirkan apakah ianya membawa manfaat kepada ummah atau tidak?berdosa atau tidak?..kalau bermanfaat dan tidak menyalahi syariat, teruskan..gunakan kuasa politik yang ada di tangan Muslim untuk terus mengembangkan syiar islam.Jangan apabila sampai masanya ketika waktu dimana kita dilarang untuk berhimpun untuk meraikan Maulidur rasul dek desakan pihak luar, barulah semuanya rasa menyesal tidak berkesudahan.Semoga kuasa politik yang kita miliki terus kita gunakan untuk manfaat perkembangan syiar islam.hentikan percakaran persoalan bid’ahnya sambutan maulidur Rasul, yang lebih penting apakah pengisian di surau-surau, sekolah di dewan serbaguna untuk menyemarakkan sambutan kelahiran Junjungan Besar ini.jangan lah apabila surau sudah ditutup, barulah dok bertelagah itu dan ini, sedangkan ketika berpeluang mengimarahkan surau, dok bertegah nak merebut kuasa.
Ayuh fikir-fikirkanlah sedalamnya untuk memajukan islam, serta bersatu padulah demi Islam yang gemilang.ambilllah mutiara kisah hidup rasulullah SAW untuk diterjemahkan ke dalam kehidupan moga menjadi insan yang berkeperibadian tinggi
wacanasyukur..
ANDA MEMERLUKAN ARTIKEL?
Assalamualaikum..
Anda memerlukan artikel?tetapi sibuk atau kekurangan idea untuk menulis? saya hasilkan artikel untuk anda.
E-mailkan butiran artikel seperti tajuk, rangka konsep kepada email saya ruzainsyukur_mansor@yahoo.com saya akan cipta dan tulis untuk anda.Bayaran boleh dirunding
RUZAIN SYUKUR B MANSOR
Penulis Bebas
B.A. Hons Pengajian Ilmu wahyu UIAM
Guru Pendidikan Islam SK Sawah Sempadan
019-2103267
Memperkasa kaedah pencarian menggunakan search engine
Assalamualaikum..
para teknodaie yang dikasihi..
banyak maklumat yang terdapat di internet menggunakan kata kunci tertentu.Ini boleh anda cari menggunakan keyword tertentu di search engine-enjin pencarian seperti www.yahoo.com atau www.google.com
Berikut saya titipkan kaedah pencarian terbaik melalui klip video yang diambil dari www.youtube.com
Semoga dapat menyelongkar rahsia internet denagn kaedah pencarian yang betul..selamat mencuba
wacanasyukur
Menggunakan perisian powerpoint
assalamualaikum..
Menggunakan persisian powerpoint di dalam membuat persembahan atau pembentangan akan mejadikannya ia amat menarik.
gabungan audio, visual , suara mampu menampakkan bahawa anda adalah pembentang professional
Usaha dakwah juga sepatutnya menarik minat kelompak madu’ untuk mendengar dan melihat apa yang ingin anda persembahkan..
perkasakan persembahan anda dengan dibantu oleh powerpoint
berikut saya titipkan panduan menggunakan powerpoint prepentation yang diambil dari www.youtube.com
wacanasyukur.com
MENDAFTAR YAHOO EMAIL
Assalamualaikum..
Para pencinta dakwah dan IT
Berikut saya sertakan panduan mendaftar akaun email yahoo yang saya titip melalui web youtube.com
caranya cukup mudah..ayuh jom sertai komuniti maya, lebarkan komunikasi anda ke seluruh duni.Email memudahkan komunikasi merentasi sempadan jarak dan masa.
Panduannya akan anda temui melalui file tersebut.
Wacanasyukur
Recent Comments