Archive for May 13, 2008

Dakwah dan Isu Sosial Semasa

Assalamualaikum..

Dakwah dan isu sosial semasa.Nampak menarik untuk dibincangkan.Memang pelbagai isu sosial dan perkembangannya kini menggamit seribu satu ruang perbincangan.

Terbaru isu kenaikan harga barang, kekurangan beras, kecelaruaan harga barangan di pasaran.Kita juga melihat pelbagai institusi saling tunjuk menunjuk mencari kesalahan.Memang kehidupan manusia sentiasa tidak sedar apabila berda di dalam kemewahan.Ataupun kebergantungan kepada sesuatu bahan akan menyebabkan kita menggelabah apabila sumber ersebut kurang di pasaran.Islam mengajar kita sentiasa bersyukur dengan apa yang ada di sambil hidup di dalam keadaan yang bersederhana.

Andainya kita menyedari bahawa apa yang terjadi sebagai dugaan Allah untuk kita kembali kepada gaya hidup Islam yang ,mementingkan kecukupan sekadar perlu, maka kita tidak melihat isu di atas sebagai penghalang untuk kita makan dan minum.Mungkin Allah sengaja menguji orang yang suka membazir apabila terlalu banyak lambakan beras suatu ketika dahulu supaya berjimat ketika mewah.Lihatlah saudara pelarian seagama kita di seluruh dunia yang sekian lama merintih tidak cukup makan.Namun redhalah dengan apa yang terjadi moga ada hikmahnya.

Seperkara lagi, serangan musuh Islam dengan menggunakan Klip video Fitna.Saya termenung apabila melihat ayat-ayat Al-Qur’an ditafsir sehingga menggambarkan bahawa Islam adalah agama yang menggalakkan pembunuhan, kezaliman, dan pemberontakan.Islam dilihat sebagai agama yang memusuhi saudara yang lain, diselang seli dengan ucapan beremosi untuk memerangi, membunuh orang-orang bukan Islam.

Persoalannya adakah cukup tindakan kita memboikot barangan Belanda?adakah cukup berdemonstrasi di Jalanan?.Mahukah kita digelar sebagai penganut yang gah di jalanan apabila membantah sesuatu?.Ya, kita berasa amat terhina, namun sebagai menggambarkan Islam juga agama yang menggalakkan perdamaian, kita juga harus menerangkan kepada mereka tentang asbab nuzul ayat-ayat tersebut.Mereka mungkin kurang arif dengan tafsiran mendalam ayat-ayat Al-Qur’an tentang tentangan terhadap kuffar.Maka ambillah kesempatan ini untuk berdakwah dengan menerangkan mereka apakah di sebalaik ayat-ayat tersebut.Buktinya di negara-negara barat, wujud kenaikan mendadak dari segiĀ  non-muslim yang mencari kebenaran di dalam ISlam.Melalui? pembacaan, majlis ilmu dan sebagainya.Kesempatan ini harus kita ambil untuk mempertahankan bahawa Islam agama yang t idak memusuhi saudara yang l ain.

Bersambung…

wacanasyukur

http://akademipenulisbebas.wordpress.com

May 13, 2008 at 8:30 am Leave a comment


menulis bukan kerana nama..tetapi sebagai wacana ilmu membangun ummah

Categories

May 2008
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Blog Stats

  • 3,563 hits